Perlumbaan anjing baka Saluki di sempadan Arab Saudi dan UAE
As'salamualaikum semua.
Salam dari saya pembuka bicara , ingin kongsi ilmu kepada semua . Kita semua mengetahui bahawa haiwan yang boleh dipelihara atau yang tidak boleh kan ? Satu contoh yang ingin saya ambil ialah anjing . Kita sebagai orang Islam tidak boleh membela anjing tetapi boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu . Apa maksudnya ini ? Kata tak boleh bela anjing tapi ini lain pulak yang diperkatakan . Mari semua , saya jelaskan dengan lebih terperinci supaya anda semua lebih faham apa yang saya maksudkan 'boleh membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu' .
Menurut penasihat Syariah Telaga Biru Sdn.Bhd , Dr.Zahazan Mohamed berkata , anjing merupakan antara segelintir binatang yang disebut di dalam Al-quran dan hadis Nabi S.A.W.
" Dalam surah Al-Khafi ada menyebut seekor anjing yang menemani pemuda-pemuda Ashabul Kahfi menanti di pintu gua tempat mereka tidur , untuk menakut-nakutkan musuh mereka .
Katanya , ini menunjukkan bahawa ada kebaikan pada anjing untuk umat islam .
" Dalam surah Al-Maidah pula ada menjelaskan bahawa haiwan liar yang ditangkap oleh binatang buruan seperti anjing adalah halal untu dimakan .
" Para ulama menafsirkan anjing boleh dibela , jika ia digunakan untu pemburuan , menjaga ladang yang terlalu besar atau untuk menjaga kambing , lembu dan binatang ternakan .
Bagaimanapun , Dr. Zahazan menjelaskan adalah tidak wajar untuk seorang Muslim membela anjing di dalam rumah tanpa sebarang tujuan .
" Ini kerana dalam satu hadis sahih riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim ada menyebut sekiranya kita membela anjing di dalam rumah tanpa ada sebarang keperluan , pahala kita akan berkurang setiap hari .
" Dalam kes lumba anjing , kalau anjing itu telah dilatih dan ditugaskan untuk berlari pantas dan memburu ia dibolehkan , tidak menjadi masalah , " katanya .
Kenyataan Dr.Zahazan turut disokong bekas Mufti Perlis , Dr.Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, tidak menjadi masalah bagi orang Islam untuk membela anjing sekiranya ia membawa manfaat tertentu seperti digunakan untuk menjaga rumah dan kebun .
" Islam tidak pernah menyuruh umatnya menganiyai anjing (seperti gambar di bawah) . Tidak salahnya membela anjing tetapi kita mestilah berlaku baik kepada haiwan tersebut dan hukum-hukum berkaitan anjing perlulah dijaga , misalnya air liurnya adalah najis .
Acara yang di haramkan oleh Taliban tetapi telah di 'halalkan' oleh pemerintah boneka afganistan sekarang
" Dalam hadis turut menyebur kisah seorang wanita yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan memperoleh pahala, " katanya .
Menurut Asri , tidak menjadi masalah sekiranya umat Islam membela anjing dan membawanya pergi menyertai pertandingan lumba anjing .
" Adapun tentang hadis yang menyebut membela anjing di dalam rumah dikurangkan pahalanya , para ulama membuat tafsiran bahawa kita disuruh untuk mementingkan manusia berbanding haiwan dan soal hospitaliti , kehadiran anjing mungkin membawa ketidakselesaan pada tetamu .
" Ada juga kajian menunjukkan bahawa anjing membawa penyakit . Bagaimanapun sekiranya anjing dibela di luar rumah dan memberi manfaat ia tidak menjadi masalah , " katanya .
walahualam .
Majoriti Orang2 meLAYU terutamanya sangat2 membenci binatang ciptaan Allah AWJ yg bernama 'Anjing,,,juga Babi....'
ReplyDeleteTetapi didalam Islam tidak pernah dikatakan Haram Seumur Hidup kalau bersentuhan dgn kedua makhluk ciptaan Allah tsb.
JANGAN TERLALU MENGHINA keduanya kerana setiap ciptaan Allah AWJ ada Hikmah disebaliknya.
KITA MASIH BOLEH MENSUCIKAN ANGGOTA YG BERSENTUHAN DGN KEDUANYA SPT DIAJARKAN RASULULLAH SAW,,,DGN SEKALI DIBERSIHKAN DGN TANAH LIAT DAN 6 KALI MENJIRUSKANNYA DGN AIR BERSIH YG MENGALIR.
Anjing boleh dijadikan pemburu binatang buruan yg Halal dimakan sesudah ditangkapnya juga dgn HANYA Samak ditempah bekas gigitannya,,,,Boleh dijadikan Penjaga Keselamatan/Rumah dsbnya.
Babi juga JANGAN dihina sebegitu rupa,,,kerana Haramnya daging babi boleh bertukar hukumnya menjadi HARUS bilamana dalam keadaan tertentu spt perang ,,,, sesat dihutan,,,padang pasir dsbnya dan kita pula dalam keadaan sangat lapar dan jika tidak makan boleh membawa kpd kematian,,, maka di Haruskan memakan daging babi tsb..... So jadilah MELAYU BARU dgn tidak terlalu berEMOSI disebabkan KURANGnya Ilmu Agama makan mengambil jalan singkat dengan sangat2 mengHINA dua makhluk ciptaan Allah AWJ tsb tanpa ILMU Islam yg Cukup dalam diri !!